Emas Perak

Objektif

Memberi pendedahan pelajar-pelajar kepada dunia pekerjaan, terutamanya dalam bidang Hartanah melalui aktiviti- aktiviti yang dirancang.

Merapatkan sillaturahim antara pelajar Dengan Pelajar, serta pelajar dengan pensyarah

Visi

Melahirkan pelajar yang aktif dan berkualiti.

Menjadikan pelajar yang penuh dengan keyakinan dan berketerampilan.

Misi

Memastikan penglibatan yang menyeluruh daripada golongan pelajar daN dalam setiap AKtiviti yang dijalankan

Menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu pelajar dalam proses pembelajarannya

Menjadikan setiap daripada warga Emas Perak sebagai satu keluarga.


Saturday, February 14, 2009

Renungan Bersama...

Sambutlah Valentine Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyol




Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...




*Artikel ini ditulis oleh Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh Hasanah Abd. Khafidz. Artikel ini telah diterbitkan semula dalam www.drhasanah.com

Monday, February 9, 2009

Santapan Rohani

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.


Selamat Pagi semua...

Mudah - mudahan pagi anda dirahmati dan penuh rasa kesyukuran kerana masih berkesempatan melihat dunia dan meneruskan amalan harian....

Saturday, February 7, 2009

Bicara Cinta...

Mencintai = Melindungi

Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini?

Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)

Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.


Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.


Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: Timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman.

Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka. Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?

Sumber :

Han Ri
www.iLuvislam.com

Santai Sekejap

Cerita 1

Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas
kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7
Gemas.
Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."


Cerita 2



Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin
bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Cerita 3

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.
Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak
tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"
Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini.
Saya ikut sama, boleh?!"


Cerita 4



Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia
tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu
bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah
singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya..... ...singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Jawatankuasa Emas Perak Sesi Dis - April 2009

Mesyuarat Agung Emas Perak yang lepas telah mengumumkan barisan perwakilan pelajar yang akan membarisi Jawatankuasa Emas Perak Sesi Dis - April 2009. Sekalung tahniah buat barisan perwakilan pelajar Diploma Pengurusan Hartanah kerana dilantik sebagai Jawatankuasa Emas yang akan mengemudi Emas Perak ke arah yang lebih baik dan mencapai kualiti yang dikehendaki. Kami mengharapkan barisan perwakilan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab kalian dengan ikhlas, jujur, amanah dan bersungguh - sungguh. Kami mengharapkan perubahan yang lebih baik...
Berikut adalah barisan perwakilan Jawatankuasa Emas Perak Sesi Disember - April 2009 :
Jawatankuasa Emas Perak Sesi Dis - April 2009

PENASIHAT
ENCIK MOHD FARID B. SA'Ad
CIK RAHAYU BT. ZAKARIA

YANG DIPERTUA
MOHD AIZAD ARIFFUDIN B. A. SABRI

NAIB YANG DIPERTUA
MOHD KHAIRIL HAZWAN B. OMAR

SETIAUSAHA
NUR FAIZZAH BT. AHMAD ZAIRIN

NAIB SETIAUSAHA
SITI MASTURA BT.MOHAD RADZI

BENDAHARI
WAN AINAA BT. W.MOHD SALLEH

NAIB BENDAHARI
NUR SHAZANA BT. ZULHISHAM

BIRO PROTOKOL
MUHAMMAD AKMAL B. ABDULLAH
Ahmad fawwaz
Noor hanisah bt wahid

BIRO informasi dan akdemik
Muhammad nur farhan b. Hassan
Muhammad syahir b.idrus
Hanisah bt taha
Nur aliah bt mohd shamsuddin

Biro kebajikan dan makanan
Muhammad rohime b. rofiei
Nurul najwa bt kamaruzaman

Biro kerohanian
Mohd alif b hj mohd Hassan hilmi
Mohd naqiuddin b saidin

Biro peralatan dan tugas-tugas khas
Abdul halim b. mat saad
Mohamad afif b anuar
Nurul asshima bt aminullah
Siti nur khadijah bt mohd shahdy

Thursday, February 5, 2009

AGM EMas Perak

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

di sini ada satu pengumuman kepada Siswa dan Siswi Diploma Pengurusan Hartanah UiTM Perak, Emas Perak akan mengadakan Mesyuarat agung bagi sesi Dis 2008 - Apr 2009 pada :

Tarikh : 5 Februari 2009
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi.
Tempat : Pusat Islam, UiTM Perak.

Semua Di Jemput Hadir...

Untuk kelancaran majlis, pihak MT Emas Perak menetapkan semua pelajar perlu mematuhi sahsiah rupa diri UiTM. Pakaian dinyatakan seperti berikut :

Lelaki : Kemeja
Perempuan : Baju Kurung

Pelajar hendaklah berkelakuan sopan semasa di dalam Pusat Islam.

Maklumat Lanjut Sila Hubungi MT Emas Perak.

Tuesday, February 3, 2009

Selamat Melayari Bahtera Emas.....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Blog Emas Perak Fan Club ini berfungsi sebagai wadah kita sebagai student yang terlibat dalam program Pengurusan hartanah berinteraksi antara satu sama lain... Emas adalah singkatan kepada Pengurusan Hartanah... Di harap blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung khususnya individu yang terbabit secara sengaja atau pun tidak sengaja dalam bidang pengurusan hartanah...

kami di barisan Redaksi mengharapkan kalian dapat memberikan idea, maklum balas dan komen yang membina agar blog ini dapat menjadi lebih mantap dan bermanfaat buat semua....

Sekian...